Tak berjaya hentikan hujan di konsert, pawang hujan digelar ‘penipu’

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih ada yang ingat akan pawang hujan di Indonesia yang mencuri tumpuan ramai selepas dikatakan berjaya menghentikan hujan ketika perlumbaan MotorGP beberapa bulan lalu?

Terbaru, Rara Isti Wulandri atau lebih mesra dengan panggilan Mbak Rara kini dianggap sebagai pawang yang memalukan negara Indonesia selepas kegagalan menghentikan hujan pada satu acara konsert.

Menurut laporan, Mbak Rara kelihatan membuat penampilan pada salah sebuah konsert dan disyaki sengaja dijemput ke majlis berkenaan sebagai pengendali hujan.

Dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram @fact.indo memaparkan akan kegagalan Mbak Rara dalam menghentikan hujan.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Fakta Indo | Berita Indonesia (@fakta.indo)

Menerusi video berkenaan dapat dilihat Mbak Rara sedang menari pada awalnya, namun tidak lama selepas itu tiba-tiba hujan turun dan sebahagian pengunjung kelihatan memakai baju hujan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan menyelar tindakan pawang berkenaan. Malah mereka turut berpendapat agar tidak mempercayai perkara syirik seperti itu.

Dah kata ni semua tipu

Pawang hujan bawa hujan

Pelawak hujan

Masih ada yang percaya?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen