Sedang Meninjau Cincin Untuk Melamar Si Dara, Mari Kenali Jenis-Jenis Cincin Yang Sesuai Untuk Merisik, Bertunang Dan Menikah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam adat Melayu, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dilakukan sebelum diijabkabulkan. Merisik, bertunang dan bernikah ini adalah satu adat orang Melayu yang tidak akan pernah ditinggalkan. Bermula dengan merisik atau lebih dikenali dengan meninjau, ia sebenarnya langkah untuk mengetahui jika si dara itu sudah mempunyai pasangan atau belum. Proses ini dilakukan oleh wakil si teruna untuk pergi melihat idaman hatinya.



Langkah seterusnya adalah, bertunang. Jika hati sudah menerima maka eloklah ke langkah seterusnya. Langkah ini dilakukan untuk mengikat hati si dara atau booking si dara agar tidak disambar oleh orang lain. Dan langkah terakhir ialah akad nikah, di mana mereka ini akan menjadi pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum syarak.

Dalam tiga proses tersebut terdapat satu perkara penting yang perlu dititik beratkan selain dari segi bajet anda. Apa yang penting itu ialah jenis-jenis cincin dalam tiga proses ini. Tiga proses ini tidak menggunakan cincin yang sama jika anda betul-betul mengikut adat Melayu. Mari kenali tiga jenis cincin itu.



Cincin Merisik.

Ini adalah cincin yang paling simple dan kadang tanpa anda corak pun lebih dikenali sebagai cincin belah rotan. Tapi ia bukan cincin yang diperbuat daripada rotan ye. Kalau anda nak bagi cincin silver pun boleh aje. Ia dipakai di jari tengah ataupun di jari kelinking di tangan sebelah kanan. Cincin ini adalah untuk mengikat si dara ke satu hubungan yang lebih serius.

Cincin bertunang.

Biasanya, cincin bertunang ini biasanya lebih mahal sedikit berbanding cincin merisik. Biasanya cincin ini dihiasi batu permata yang lebih dikenali dengan ‘Eternity ring’. Anda boleh memilih sama anda untuk membeli emas putih mahupun emas kuning. Itu terpulang kepada anda, tapi yang penting ia perlu mempunyai batu permata atau diamond.

Cincin nikah.

Cincin ini biasanya lebih menarik dari cincin bertunang dan merisik. Kebiasaannya orang akan membeli cincin emas putih atau emas kuning yang memiliki batu yang besar. Ia dipanggil Solitaire ring. Rekaannya simple sahaja sebab perkara utamanya adalah batu permatanya sahaja.

Jadi jika anda ingin berkahwin dengan gadis Melayu atau ingat mengikuti adat Melayu sebenarnya, ini adalah perkara yang anda perlu tahu. Tapi sebenarnya ia tidak penting pun dalam Islam serta bergantung kepada individu tersebut. Ia cuma sebahagian daripada adat yang tidak akan mati ditelan zaman sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen