Dah jumpa pembeli, Shuk Sahar mula punggah barang keluar dari rumah nilai RM1.2 juta

Oleh: Shasha Zack

Berat untuk menerima dan pahit untuk ditelan, Shuk Sahar akhirnya terpaksa melepaskan rumah banglo miliknya yang bernilai RM1.2 juta setelah kediaman mewah tersebut akhirnya mempunyai pembeli.

Berkongsi luahan sedih di Instagram, Shuk memuat naik videonya dan beberapa individu yang sedang mengemas barang-barang untuk dibawa keluar.

Shuk Sahar nak jual rumah harga RM1.2 juta, perlu duit untuk teruskan  kehidupan

"Insyaallah ada yang lebih baik, selamat tinggal Farea..."

Menerusi Kosmo, Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar meluahkan rasa sedih ketika sedang mengemas, mengenangkanpelbagai memori dan nilai tersendiri setiap barang-barang rumah yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor itu.

 

“Insya-Allah, ada yang lebih baik. Selamat tinggal Ferrea (nama rumah tersebut),” ujar bekas penyampai radio Hot FM itu.

Katanya, alasan menjual rumah berkenaan adalah kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Tambahan lagi,  dia nekad menjual rumah berkenaan kerana dalam masa yang sama perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN.” 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by 𝐒𝐡𝐮𝐤 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐫 (@shuk_sahar)

"Pengajaran yang bernilai, moga jadi iktibar..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Shuk dipermudahkan urusan di samping yang berpendapat supaya Shuk menjadikan peristiwa ini sebagai iktibar dalam hidupnya.

 

 

"Nak murah rezeki kena jaga isteri..."

"Isteri berlalu pergi, maknanya rezeki yang isteri bawa turut berlalu pergi..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen