Suamiku Anak Mak! Manjanya!

Impian setiap wanita yang ingin kan lelaki yang menghormati diri nya dan bijak mengambil hatinya. Kelihatan sangat bertanggung jawab, penyayang, pandai memasak, romantik dan peka dengan  perasaan dan hati wanita, adalah ciri-ciri seorang lelaki ‘anak mak’. Tetapi manja sangat dengan mak, sehinggakan setiap hari mahu duduk dengan mak, sampai satu malam masih lagi tidur dengan mak. Alamak!

Pening si isteri apabila, suaminya sering berkepit dengan maknya. Katanya, mak selalu bagi nasihat, beri pendapat, berkongsi masalah dan semua harta, di pendekkan cerita bagaikan BFFTJ (best friend forever till jannah). Usah la begitu wahai suami. Memang benar, syurga mu terletak di bawah telapak kaki ibu. Tetapi ingat, syurga isteri di bawah telapak kakimu wahai suami.

Si isteri sanggup berkahwin dengan kamu, dan tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Isteri juga adalah anak manja kepada kedua ibu bapa mereka. Semasa akad nikah sedarkah kamu betapa sukarnya air mata si bapa isteri untuk di seka. Terus berlinangan air mata si bapa, semasa di ijab kabulkan. Hati ibu isteri pula bagaikan tidak boleh diungkap dengan kata-kata.

Si isteri tetap bersabar kerana tidak mahu tindakkannya menjadikan dia sebagai isteri derhaka. Jangan lah kamu, wahai suami, menjadi punca isteri menjadi nusyuz nanti. Kadang kala perbuatan kita antara sedar dengan tidak sedar. Minta pandangan isteri adakah tindakan anda itu betul atau tidak, boleh dilakukan atau tidak boleh.

Wahai isteri, bersabar. Anda perlu pandai mengawal situasi dan mengikut rentaknya. Jika tidak berasaskan agama, anda boleh bersuara. Ibu mertua juga gemar untuk mengintai anda buat apa sahaja, melihat pergerakan anda dengan teliti, jika ini sering terjadi. Komunikasi adalah solusi nya. Jangan pendam. “Mak, saya ada buat salah kat mak ke? Kenapa pandang macam tu? Takut gegirl” tiada salah untuk bergurau bukan?

Mana tahu, anda dengan ibu mertua tiba-tiba menjadi geng satu hari nanti, tapi jangan bergurau terlebih pula!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen