Konon nak hiburkan pesakit, bidan dikecam sakan menari ketika wanita sedang sakit bersalin

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video dari negara jiran yang memaparkan pengamal perubatan sedang sakan berjoget ketika seorang wanita sedang bertarung nyawa mahu bersalin.

 

Menerusi video yang dimuat naik oleh Instagram Fakta.Indo itu dapat dilihat tiga orang pengamal perubatan sedang menari di hadapan pesakit yang terbaring sambil menunggu air ketubannya pecah.

“Sambil menunggu ketuban pecah, bidannya goyang dulu,” tulisnya di laman TikTok @bidanpraktekmandiri.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Fakta Indo | Berita Indonesia (@fakta.indo)

Menurut laporan detik.com, pemilik permis berkenaan yang dikenali sebagai Wayan Agustini memberitahu tujuan mereka menari semasa pesakit sedang menunggu air ketubannya pecah adalah sebagai hiburan.

Katanya, wanita hamil berkenaan tidak boleh dipegang pada ketika itu sekaligus menyatakan bahawa video berkenaan bertujuan memberi pendidikan kepada orang ramai.

“Ia, benar. Video tular di laman TikTok dibuat semasa menunggu air ketuban pesakit pecah. Niat kami hanya untuk menghiburkan pesakit sahaja,” jelas Agustini.

 

Agustini berkata lagi, mereka sudah meminta izin dengan suami dan keluarga pesakit sebelum merakam video itu.

“Saya sudah meminta izin dengan suami dan keluarganya. Pesakit pun terkejut video tersebut boleh tular, padahal dia sendiri rasa terhibur,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, Agustini mengatakan pesakit sudah dua kali melahirkan anak di sana.

Sehubungan itu, rata-rata warganet mengecam akan tindakan pengalam perubatan berkenaan yang berpendapat bahawa tindakan itu tidak berperikemanusiaan.

Patut bagi semangat dekat pesakit

Ada masalah etika ni

Fikir nak viral ni

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen