Pelakon lelaki terkenal mengamuk, tendang muka & dada 'pak guard', direman 3 hari

Oleh: Shasha Zack

Seorang pelakon lelaki terkenal tanah air dilaporkan ditahan reman 3 hari bermula Sabtu hingga Isnin bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang dipukul di sebuah kondominium.

Kejadian yang berlaku di salah sebuah kondominium di ibu kota pada Khamis lalu, dipercayai gara-gara salah faham yang tercetus.

Pelakon terkenal lagak gangster ditahan reman, didakwa tendang muka dan  dada pengawal keselamatan - Hiburan | mStar

Mangsa minta tolong rakan beli minyak masak, tapi guard tak bagi masuk...

Menurut Sinar Harian, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur berkata, pelakon lelaki berusia 30-an berkenaan yang juga penghuni di kondominium sama disyaki menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu.


"Ketika kejadian mangsa dilaporkan meminta tolong rakannya untuk membeli minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan.

"Semasa rakan mangsa hendak menghantar minyak masak berkenaan, dia tidak dibenarkan masuk oleh pengawal kondominium itu." 

Pelakon lelaki sensasi belasah penghuni kondominium direman

Tendang, cekik & ugut bunuh

Tambah Habibi, mangsa kemudian turun ke kawasan lif lobi kondominium berkenaan setelah dihubungi oleh rakannya itu.

Mangsa turut mendakwa telah ditumbuk, ditendang di bahagian muka, dada, perut dan belakang badan selain dicekik serta diugut bunuh oleh pelakon berkenaan.

"Dipercayai berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal itu, sebelum artis lelaki berkenaan tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa."


"Mangsa kemudian membuat laporan polis dan Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediaman sama pada malam Jumaat." 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen