Jadi punca orang lain susah, remaja sengaja rosakkan 'eskalator' LRT Sri Rampai

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan sebuah eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai tidak dapat berfungsi dipercayai perbuatan khianat seorang remaja.

Sengaja matikan eskalator?

Dalam video dimuat naik lamam Facebook Dewan Bandarata Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa infrastruktur berkenaan baru sahaja dibaiki dimana sebelum ini operasinya tergendala.

"Tindakan dilakukan oleh remaja tersebut boleh dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme.

"Butang kecemasan hanya digunakan pada saat-saat genting dan salah guna butang tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada eskalator serta akhirnya menimbulkan kesulitan kepada pengguna lain.

"Sama-samalah kita menghargai kemudahan awam yang disediakan," katanya.

Untuk makluman, eskalator tersebut pernah tular didakwa tidak berfungsi sejak lima tahun lalu sudah boleh digunakan sejak kira-kira lima hari lalu.

Lima hari lalu, Unit Media DBKL menerusi kemas kini di Facebook rasminya berkongsi video berdurasi 12 saat memaparkan keadaan semasa tangga bergerak itu yang telah berfungsi.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet berhubung isu berkenaan. Mereka turut berharap tindakan diambil terhadap remaja itu.

Ada sebab dia buat macam tu

Dia tak puas hati tu

Kena ambil tindakan tu

Dia nak jimat eletrik tu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen