Terhidu bau busuk, peniaga terkejut lihat mayat jiran membengkak di ruang tamu

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang peniaga tidak menyangka bau busuk dari rumah sebelah berpunca daripada jirannya yang sudah meninggal dunia di Kampung Lubuk Panjang, Bukit besi, Dungu.

Menurut Mohd Rozlan Deraman, dia menemui jiran serta pelanggannya, Anuar Yusof, 52 dalam keadaan terlentang di ruang tamu pada jam 8.30 pagi.

Katanya, kali terakhir dia menemui mangsa pada pagi khamis lalu ketika dia minum di kedainya.

"Dia memang tinggal bersendirian di rumah itu. Pagi khamis itu dia datang minum dan seperti biasa, arwah akan bergurau dengan saya dan penduduk kampung serta tidak menunjukkan perbuatan pelik.

"Pada hari sama kira-kira jam 7 malam, saya ada mendengar dua kali mangsa menjerit dan saya tidak ambil pusing dan menganggap mungkin kerana mangsa bosan," katanya.

Malah, beberapa minit selepas itu, dia ternampak mangsa keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.

"Sejak dari itu, saya tidak lagi melihat dia dan ketiadaan mangsa sepanjang tiga hari menimbulkan rungutan daripada kawannya.

"Pada Sabtu, saya dan pelanggan kedai terhidu bau busuk dan kami semua sangka bau itu adalah sampah atau bangkai binatang di kawasan semak," katanya.

Jelasnya, pagi ini, dia mengambil keputusan memeriksa di sekitar kawasan kedai sebelum mendapati air mengalir begitu banyak dari rumah mangsa.

"Saya pelik melihat air paip dari dalam rumah mangsa mengalir sehingga bertakung di depan rumah. Saya ingat mangsa lupa menutup paip dan saya bersama rakan, Mohd Redzuan Mohd Zain, 44, pergi ke rumahnya. Selepas sahutan tidak dijawab, kami mengintai di celah tingkap sebelum mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Saya buka pintu depan rumahnya yang tidak berkunci dan ketika itu kami dapati bau mayat sangat kuat sebelum segera menghubungi polis," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, siasatan mendapati mangsa yang bekerja sebagai buruh di kilang kayu di Bukit Besi dipercayai meninggal sejak beberapa hari lalu.

"Keluarga mangsa sudah dihubungi dan mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen