Tunjuk isyarat lucah pada peniaga, gelagat biadap kanak2 buat netizen geram

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata nak meluntur buluh biarlah dari rebungnya, sama juga seperti mahu mendidik anak pastinya perlu bermula dari awal.

Kanak-kanak tunjuk isyarat lucah.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak menunjukkan isyarat lucah ketika berada di khalayak ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali Ayang itu menyatakan rasa geram apabila tindakan kanak-kanak berkenaan yang disifatkan biadap itu disenangi orang sekeliling.

“Anak aku/anak buah aku macamni, memang auti tempeleng. Orang tua yang gelak-gelak ingat benda ni comel ke apa,” tulisnya.

Dalam video berdurasi 12 saat itu, kanak-kanak berkenaan memberi isyarat lucah kepada peniaga malah perbuatan itu turut diiringi gelak ketawa mereka yang melihatnya.

Difahamkan, video asal telah dimuat naik oleh pengguna TikTok namun telah dipadam malah tidak dapat dipastikan dimana kejadian itu.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet menyelar akan tindakan orang sekeliling yang seolah-olah menyokong kanak-kanak berkenaan.

Bukan itu sahaja, mereka juga beranggapan bahawa tindakan kanak-kanak itu mencerminkan didikan ibu bapanya.

Ibu bapa cerminan anak

Mana yang lawaknya

Ni bukan budaya

Patut kena ajar

Ada hati tunjuk gangster

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen