Pernah tular video lepas habis SPM, rakan sedih pelajar tak sempat ambil 'result'

Suatu ketika dahulu, videonya berteriak keliling sekolah meraikan hari terakhir menduduki peperiksaan SPM pernah tular.

Kegembiraan yang diekspresikan membuatkan warganet ikut terhibur,  seolah-olah memahami perasaannya ketika itu selepas berjuang selama 5 tahun sebagai pelajar di sekolah menengah.

Tak sempat ambil 'result' SPM

Namun begitu, siapa sangka rupanya pelajar bernama Haziq itu dimaklumkan telah meninggal dunia tahun lalu, malah tidak sempat mengambil slip peperiksaannya bersama rakan lain.

 

@nooramirrul3

🥲🙂

♬ Hilang - Irfan Haris

 

Perkara itu disahkan sendiri oleh sahabat rapatnya bernama Amirul menerusi satu hantaran video di akaun Tiktok.

"Arwah tak cukup rehat"

Menurutnya, arwah Haziq tidak mempunyai sebarang penyakit dan kematiannya juga adalah mengejut, bilamana dia ditemui pengsan selepas bermain futsal.

Amirul ketika ditemu bual, turut memberitahu bahawa antara punca lain adalah arwah terlampau penat dan tidak cukup rehat pada hari kejadian selain menambah arwah ada membuat kerja sambilan selepas tamat sekolah.

"Sebelum kejadian pagi tu, dia ada ujian memandu. Petang pula main bola dan malam main futsal."

"Al-fatihah buat arwah"

Mendengar perkhabaran itu membuatkan warganet terkejut  dan tidak menyangka akan pemergiannya.

"Ramai sayangkan awak"

Namun, rakan dan kenalan terdekat pastinya lebih terasa kehilangan pelajar berkenaan yang dianggap sebagai seorang penghibur.

"Rindu tiada ubat"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen