Suatu ketika dahulu, videonya berteriak keliling sekolah meraikan hari terakhir menduduki peperiksaan SPM pernah tular.
Kegembiraan yang diekspresikan membuatkan warganet ikut terhibur, seolah-olah memahami perasaannya ketika itu selepas berjuang selama 5 tahun sebagai pelajar di sekolah menengah.
Tak sempat ambil 'result' SPM
Namun begitu, siapa sangka rupanya pelajar bernama Haziq itu dimaklumkan telah meninggal dunia tahun lalu, malah tidak sempat mengambil slip peperiksaannya bersama rakan lain.
@nooramirrul3 🥲🙂
♬ Hilang - Irfan Haris
Perkara itu disahkan sendiri oleh sahabat rapatnya bernama Amirul menerusi satu hantaran video di akaun Tiktok.
"Arwah tak cukup rehat"
Menurutnya, arwah Haziq tidak mempunyai sebarang penyakit dan kematiannya juga adalah mengejut, bilamana dia ditemui pengsan selepas bermain futsal.
Amirul ketika ditemu bual, turut memberitahu bahawa antara punca lain adalah arwah terlampau penat dan tidak cukup rehat pada hari kejadian selain menambah arwah ada membuat kerja sambilan selepas tamat sekolah.
"Sebelum kejadian pagi tu, dia ada ujian memandu. Petang pula main bola dan malam main futsal."
"Al-fatihah buat arwah"
Mendengar perkhabaran itu membuatkan warganet terkejut dan tidak menyangka akan pemergiannya.
"Ramai sayangkan awak"
Namun, rakan dan kenalan terdekat pastinya lebih terasa kehilangan pelajar berkenaan yang dianggap sebagai seorang penghibur.
"Rindu tiada ubat"
Tinggalkan Komen