Nak jaga kesihatan mental, rakyat Malaysia mahu fleksibiliti berbanding kerja 4 hari seminggu

Oleh: Zuzu Yasmine

Demi mencari rezeki yang halal, ramai rakyat Malaysia sanggup berkerja lima mahupun enam hari dalam seminggu. Itu belum lagi termasuk kerja lebih masa demi mencari wang lebih bagi menyara hidup mereka di bandar besar.

Menerusi satu tinjauan yang telah dilakukan oleh Qualtrics yang merupakan syarikat berpengalaman dalam bidang soal selidik dalam talian mendapati seramai 60 peratus memilih hari bekerja lebih singkat seperti empat hari seminggu.

Bagaimanapun, seramai 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek.

"Bagi sepertiga pekerja di Asia Tenggara (33 peratus), fleksibiliti bermakna kebebasan menentukan jam bekerja. Selebihnya mentakrifkan fleksibiliti sebagai keupayaan bekerja dari mana-mana lokasi (24 peratus), memilih hari mereka bekerja (19 peratus), atau dinilai berdasarkan prestasi, bukan bilangan jam bekerja (18 peratus). Responden daripada Malaysia menyuarakan pilihan yang sama," katanya.

Menurut Qualtrics, pekerja bersikap terbuka terhadap minggu bekerja empat hari, tetapi ada perkara yang membimbangkan mereka.

"Walaupun majoriti daripada pekerja memilih fleksibiliti jika diberi pilihan, 86 peratus daripada responden di Asia Tenggara bersedia menyokong majikan mereka melaksanakan minggu bekerja empat hari dengan kebanyakannya melihat penambahbaikan kesihatan dan kesejahteraan mereka sebagai antara sebabnya.

"Kebanyakan responden termasuk responden daripada Malaysia percaya bahawa bekerja empat hari seminggu meningkatkan keseimbangan hidup bekerja (86 peratus) dan kesejahteraan mental (82 peratus), produktiviti (83 peratus), dan membuat mereka rasa lebih setia kepada majikan mereka.

"Sejumlah 60 peratus daripada responden di Asia Tenggara sanggup dipotong gaji untuk bekerja kurang sehari dalam seminggu, manakala 54 peratus daripada responden di Malaysia kurang sanggup," katanya.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Raja, Johor, Nor Rashidah Ismail berkata adalah wajar untuk menyeragamkan hari rehat antara kerajaan dan swasta bagi memastikan kesejahteraan keluarga.

Katanya, ini memandangkan hari rehat berbeza bagi penjawat awam, pekerja swasta dan pelajar sekolah, keluarga tidak boleh mempunyai masa berkualiti bersama.

Menurutnya lagi, negara seperti Belgium, Iceland, Scotland, Sepanyol, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sudah mula melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen