Mengaku salah cederakan remaja, akak baju hitam diarah bayar denda RM900

Tindakan seorang mencederakan remaja menggunakan kunci akhirnya memakan diri selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, pada Rabu.

Musibah remaja 23 tahun

Tertuduh, Siti Zulaikha Zolkifli berusia 23 tahun dikenakan denda sejumlah RM900 dan bakal berdepan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Selain itu, Siti Zulaikha turut mengaku bersalah menyebabkan kecederaan dengan sengaja kepada Nurul Najihah Azizan, berusia 19 tahun pada 19 Jun lalu di padang rekreasi Pantai Merdeka.

 

 

Video pergaduhan tular

Sebelum ini, tular sebuah menyaksikan pergaduhan tertuduh dan mangsa ketika sama-sama sedang menjual alat mainan di pusat peranginan berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka di kening kanan yang mana dikatakan terkena kunci kereta selain jatuh ditolak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen