Tak ada drama gaduh2, netizen puji cara staf fahamkan pemilik kereta luar pasal subsidi minyak

Tiada drama atau adegan air mata membuatkan netizen mengagumi cara staf sebuah stesen pam minyak di Padang Besar menegur salah seorang pelanggannya yang juga merupakan warga asing.

Demikian kerana semua sedia tahu akan subsidi minyak di negara kita yang hanya dikhaskan untuk warganegaranya sahaja.

Staf pam minyak dipuji netizen

Menerusi perkongsian amr99gadget di Tiktok, menyaksikan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Thailand berjalan menuju ke arah keretanya selepas berurusan di kaunter.

 

@amr99gadget Negara kita,harta kita,sama2 kita jaga kepentingan rakyat bersama.Terima kasih akak cashier Caltex Padang Besar malaysia 🇲🇾 #97only #caltex #padangbesar #terimakasih #fyp #fypシ ♬ The Final Countdown (Originally Performed by Europe) [Instrumental Version] - Hit The Button Karaoke

Bagaimanapun, dia tidak mengisi minyak di situ sebaliknya masuk semula ke dalam keretanya dan berlalu pergi.

"Kalau semua pekerja macam ni kan bagus"

Hal itu sekaligus memungkin orang ramai bahawa pemilik kenderaan itu pasti telah ditegur oleh staf di stesen minyak berkenaan yang cuba untuk mengisi minyak jenis RON95.

Namun, disebabkan cara tegurannya yang berhemah membuatkan lelaki berkenaan masih mampu bertolak ansur dan menerima teguran tersebut.

"Bagus, amanah rakyat dipelihara"

"Terbaik kak!"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen