Padah tunjuk ‘gangster’ tengah jalan, polis tahan penunggang motor

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video pergaduhan diantara penunggang motosikal bersama pemandu kereta di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, lelaki berumur dalam lingkungan 50 tahun itu ditahan pada jam 3 petang semalam oleh sepasukan polis Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Dalam pada itu, polis turut merampas sebuah motorsikal yang disyaki ditunggang oleh suspek semasa kejadian untuk dijadikan sebagai barang kes dalam siasatan.

"Lelaki berkenaan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

"Hasil semakan pihak polis mendapati suspek tersebut memiliki enam rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan, termasuk kesalahan jenayah narkotik.


"Pihak polis telah berjaya memperoleh perintah tahanan reman terhadap suspek tersebut selama tiga hari, bermula hari ini hingga Jumaat.

"Kertas siasatan kes ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perak untuk arahan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Yahya turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mengamalkan sikap berhemah dan bertoleransi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen