Pelamin Mewah Atau Rumah Fully Furnished? Yang Mana Menjadi Pilihan Anda?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam setiap sesuatu yang ingin dilakukan, pastinya ada perancangan terlebih dahulu. Begitu juga dengan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Kebiasaannya pihak perempuan lebih menitikberatkan soal majlis dan kenduri. Pelamin Mewah adalah idaman setiap wanita yang bakal menjadi Raja Sehari, namun adalah itu berbaloi berbanding Rumah Fully Furnished selepas berkahwin?



Memang benar pelamin mewah itu cantik dan ianya sering dikaitkan dengan ‘Apa salahnya nak ada pelamin mewah, kahwin hanya sekali’. Tidak salah pendapat sebegitu bagi orang yang berkemampuan. Tetapi bagi yang kurang berkemampuan, adalah lebih elok duit yang dianggarkan untuk pelamin mewah itu dikurangkan kepada pelamin biasa sahaja. Bakinya dapat digunakan untuk perbelanjaan selepas kahwin.

Walaupun nampak bergaya di hari persandingan, namun ia sebenarnya tidak semegah mana sekiranya selepas kahwin duduk di rumah kosong yang memerlukan kos yang tinggi pula untuk mengisi perabot dan perkakas rumah tersebut.



Bijaknya seorang wanita itu terletak pada cara dia menguruskan perbelanjaan rumah sama ada menggunakan duit sendiri, duit suami atau duit sepencarian. Adalah lebih baik sekiranya sebelum berkahwin sudah mempunyai perancangan jangka pajang seperti rumah idaman. Hiaslah rumahmu sebagaimana yang kamu impikan kerana itu merupakan tempat tinggalmu dan anak-anakmu kelak.

Pilihan di tangan masing-masing. Buatlah keputusan yang bijak agar tidak menyesal di kemudian hari. Memang betul duit boleh dicari namun adalah lebih baik jika duit sedia ada digunakan dengan sebaiknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen