Stesen bas jadi saksi cinta, atuk Amir gembira akhirnya jumpa Siti lepas 50 tahun putus

Hasrat seorang pesara tentera untuk menemui teman istimewanya sejak sekian lama akhirnya kesampaian selepas dia berjaya menghubungi wanita berkenaan pada pagi Rabu (semalam).

"Alhamdulillah, akhirnya insan yang saya cari hubungi saya"

Dia bernama Amir Hassan, berusia 72 tahun menyatakan bahawa kini status wanita berkenaan adalah ibu tunggal memiliki tiga anak selain menambah pasangan hidupnya sudah meninggal dunia.

"Alhamdulillah...akhirnya insan yang lama saya cari menghubungi saya pagi hari ini dan ia merupakan kenangan tidak dapat saya lupakan sepanjang hayat."

"Perbualan antara kami selama setengah jam pagi tadi terhenti seketika apabila dia tidak dapat menahan sebak mengenang persahabatan kami."

"Rupa-rupanya saya tersilap kerana namanya bukan Siti Fatimah tetapi Siti Aminah dan kini menetap di Felda Bukit Batu, Kulai."

-Amir Hassan-

"Dia masih ingat rupa saya..."

Dedah Amir, meskipun sudah terpisah sejak 50 tahun lalu, namun dia tidak menyangka Siti Aminah atau amat disenangi dengan panggilan Ati, masih mengingati wajahnya ketika muda.

"Dia menyatakan melihat gambar lama saya yang disirkan di laman Harian Metro dan masih ingat rupa saya ketika muda."

"Dia juga menceritakan kenangan lama ketika bertemu di stesen keratapi dan suara lembutnya masih tidak berubah."

Tidak melepaskan peluang itu, Amir turut memberitahu bahawa dia dan ahli keluarga tidak sabar untuk bertemu dengan Ati selain berharap agar segala perancangannya berjalan lancar.

Yakin mesej Amir Hassan untuknya

Sementara itu, Siti Aminah Hashim berusia 69 tahun berkata, selepas melihat paparan Harian Metro, dengan kebenaran ahli keluarga dia menghubungi sahabat lamanya itu.

"Saya pernah tanya rakan berkaitan Amir sebelum ini, namun tidak menerima sebarang maklumat. Oleh itu, saya hanya berserah kepada Allah sekiranya ada rezeki, kami tetap bertemu."

"Walaupun dia lupa nama sebenar saya, namun apabila membaca jalan cerita di Facebook, saya merasakan mesej itu ditujukan kepada saya."

-Siti Aminah-

Sungguhpun begitu, Siti Aminah juga tidak menyangka Amir masih berpegang kepada janji lama dan menyatakan akan menziarahi keluarga kami pada Isnin minggu hadapan.

[

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen