Panjat tingkap tandas budak 3 tahun maut terjatuh tingkat 10

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam seorang kanak-kanak lelaki ditemui maut dipercayai terjatuh daripada rumahnya di tingkat 10, Kondominium Dutamas.

Menurut laporan Sinar Harian, kanak-kanak berkenaan dikatakan memanjat tab mandi sebelum memanjat ke luar tingkap lalu terjatuh.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada jam 3.30 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memanjat tab mandi dan naik ke atas tembok, kemudian memanjat keluar ikut tingkap tandas. Semasa kejadian ibunya berada di ruang tamu.

"Kanak-kanak itu terjatuh di tingkat tiga kondominium itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya.

Disoal mengenai keberadaan bapa mangsa, Eng Lai berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan namun melihat keadaan ibu mangsa yang masih terkejut menyukarkan untuk disoal siasat.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan tetapi buat masa ini ibu mangsa masih sangat sedih dan kita beri dia masa dahulu, kita tak mahu emosi dia terganggu.

"Ibu mangsa akan dipanggil rakam keterangan kemudian, sebab sekarang dia sangat sedih, menangis dan tidak dapat bercakap. Jadi kita tunggu mayat itu dibedah siasat," ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen