Demi jaga kualiti dan harga semasa? Peniaga anggap durian perlu SIRIM idea mengarut

Idea yang dicadangkan oleh pengarah Sirim Negeri Perak Mohd Adzhar untuk meletakkan pensijilan terhadap durian Musang King dianggap membebankan dan mengarut. 

Difahamkan, ia bagi memastikan kualiti buah dan menstabilkan harganya.

Musang King perlu Sirim, mengarut

Jelas Pakar Durian Sinnaco bernama Ah Hee, pensijilan itu tidak akan memastikan konsistensi kualiti kerana pulpanya tidak sama dari satu buah ke buah yang lain dari segi tekstur dan rasa.

"Menghasilkan varian Musang King adalah satu proses yang sukar. Ia mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk menanam pokok yang matang."

"Cuaca yang baik, tanah yang betul, baja dan tanah yang cukup juga diperlukan. Jadi, pensijilan ini tidak bermakna bagi petani dan penjual."

"Hakikatnya, sekarang pun hanya 70% Musang King yang dikeluarkan dijual, manakala selebihnya dibuang kerana gagal memenuhi piawaian pasaran."

-Ah Hee-

"Ia hanya membebankan peniaga"

Ah Hee menegaskan jika Sirim berkeras untuk mendapatkan pensijilannya, maka pengeluaran sebenar mungkin menurun kepada 30%.

"Adalah sukar untuk memenuhi setiap keperluan pensijilan kerana kami sentiasa memastikan rasanya sedap memandangkan harga tinggi dibayar pelanggan."

-Ah Hee-

"Jika anda meletakkan banyak keperluan dan proses untuk menjual Musang King, bekalan akan berkurangan dan harga akan meningkat."

-Ling-

Untuk makluman, piawaian itu sedang dibangunkan oleh jabatan pertanian negeri Perak dan Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.

Akreditasi itu difahamkan akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.

Anda masih keseorangan?

1,103,857 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen