Che Puan Khaleeda 'tag' Rina Harun, minta buka semula kes baby Syifaa. -"Saya curiga..."

Isteri Pemangku Raja Johor Tunku Ismail iaitu Che Puan Khaleeda membuat gesaan agar kes kematian bayi bernama Nour Rania Asyifaa atau baby Syifaa berusia 15 bulan disiasat semula.

"Kamu perlu siasat semula"

Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi InstaStory dengan berkongsi hantaran bapa kepada bayi berkenaan, Yuseri Yusoff yang memuat naik gambar kecederaan bayi terbabit serta laporan bedah siasat yang meragukan.

 

Che Puan Khaleeda yang meletakkan tanda pagar #justiceforbabysyifaa turut menandakan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun.

Curiga dengan punca kematian baby Syifaa'

Selain itu,  hantaran kedua Che Puan Khaleeda juga menyuarakan pendapatnya yang melihat  kecederaan bayi itu yang dikatakan akibat terjerut tali buaian seperti tidak masuk akal.

Media sebelum ini melaporkan, bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang, 22 Februari lalu selepas dibawa pengasuhnya ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk rawatan.

Dalam siasatan awam polis, pengasuh bayi itu mendakwa mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakal badannya berada dalam buaian.

Bagaimanapun, pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian bayi perempuan itu ditetapkan semula pada 29 Jun ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen