'Support' isteri bertarung kanser, Nizam Laksaman rela sama2 botakkan kepala

Oleh: Zuzu Yasmine

Tanda memberi sokongan kepada isteri yang sedang bertarung penyakit kanser, panyanyi lajen, Nizam Laksamana turut membotakkan kepalanya.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi berkenaan mengambil pendekatan itu susulan isterinya, Salwati Zulkifli kini sedang berperang dengan kanser payudara.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta itu mengakui bahawa hatinya sayu melihat keadaan isteri berjuang untuk kembali sihat seperti sedia kala.

"Dia adalah seorang wanita yang hebat kerana berjaya tahan sakit dan melalui proses kemoterapi sebanyak enam kali.

"Bukan semua orang boleh menahan sakit ketika proses berkenaan. Tanyalah Elyana. Bila sampai rawatan keempat dan seterusnya, rambut mula gugur.


"Atas permintaan isteri, saya botakkan kepalanya. Saya juga turut botakkan kepala tanda memberi sokongan," ujarnya.

Menurut Nizam, banyak hal melibatkan emosi terpaksa ditempuh namun dia berasa syukur kerana isterinya kini kembali pulih dan menjalani kehidupan sama seperti individu normal lain.

Bekas peserta Gegar Vaganza 2 itu juga berkata bahawa banyak ujian yang dilalui oleh isteri telah menerbitkan rasa kesabaran yang tinggi dalam dirinya.

"Isteri saya pernah menghidap kanser payudara dan penyakit itu berlanjutan sekitar setahun lebih. Namun alhamdulillah, kanser dia dah hilang.

"Jujurnya, saya bukanlah jenis orang yang sabar. Tapi saya berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan untuk terus menjaga isteri ketika dia memerlukan saya.

"Apabila berada dalam kesakitan, emosinya terganggu. Jadi saya kena banyak sabar. Saya jaga keperluan hariannya seperti menyuapkan makanan dan menukarkan baju. Saya pastikan saya sentiasa berada di sisinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya dan isteri saya kini sudah kembali sihat sepenuhnya," katanya.

Terdahulu, Salwati terpaksa dimasukkan ke hospital kerana masalah kemurungan, ketika sedang menjalani rawatan bagi memulihkan dirinya daripada kanser payudara sekitar tahun lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen