Tak jadi terjun kren lepas keluarga bawa nasi berlauk, pemandu lori direman 3 hari

Oleh: Shasha Zack

Pemandu lori yang menikam isteri dan ibu mentuanya di Chabang Empat, Tumpat kelmarin direman 3 hari selepas cubaan terjun dari kren yang berada di tingkat 28 sebuah tapak projek perumahan di Lembah Sireh.

Menurut Kosmo, perintah reman yang bermula hari ini terhadap suspek yang berusia 27 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu, Nuriza Mustafa di Mahkamah Majistret di sini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ianya dilakukan bagi menjalankan siasatan atas kesalahan menceroboh bangunan yang merupakan tapak projek pembinaan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Gara-Gara Selisih Faham, Suami Tikam Isteri & Ibu Mentua

Tak jadi terjun lepas ibu bawa nasi berlauk

Menurut Zaki, kes mencederakan isteri dan ibu mentuanya akan dijalankan di Mahkamah Majistret Tumpat selepas tempoh reman kes pertama tamat pada Sabtu, di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek dipercayai lembut hati untuk turun dari tingkat 28 selepas keluarganya memujuk dengan membawa bekalan nasi berlauk ke tapak projek perumahan itu.

Selama 4 jam anggota balai bomba dan penyelamat Kota Darul Naim dan Kota Bharu mengambil masa untuk memujuk dari jam 11 pagi hingga 3 petang dan akhirnya suspek menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian seorang wanita dan ibunya ditikam dengan dua bilah pisau di sebuah rumah di Chabang Empat, Tumpat kira-kira pukul 6.35 petang kelmarin.

4 jam bomba pujuk tak dilayan, lelaki batal niat terjun kren lepas ibu bawa  nasi berlauk

Isteri retak kepala, luka & patah jari, ibu luka kepala

Menerusi pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, isteri suspek mengalami retak dan luka pada bahagian kepala, patah dua jari selain luka di beberapa bahagian anggota badan.

“Ibu kepada wanita berkenaan yang berusia 60-an pula luka pada bahagian kepala akibat ditikam menantunya dengan pisau."

“Siasatan awal mendapati kes tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku antara suspek dan isterinya.” 

Suspek difahamkan terus melarikan diri dan bersembunyi di tapak projek perumahan selepas menikam isteri dan mertuanya.

4 jam bomba pujuk tak dilayan, lelaki batal niat terjun kren lepas ibu bawa  nasi berlauk

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen