Bertembung dengan kereta, penunggang motosikal ‘temui ajal’ atas bumbung

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular hari ini akan sebuah video yang memaparkan kemalangan diantara penunggang motorsikal dan juga pemandu kereta dipercayai berlaku di Permatang Kuala Selangor.

Dalam video yang dimuat naik oleh laman Facebook Love Kuala Selangor itu memaparkan seorang lelaki dipercayai penunggang motosikal berada di bumbung sebuah kereta.

Menurut sumber, Ipin Towing, pemandu kereta berkenaan melarikan diri sejauh dua kilometer berikutan cemas dengan kejadian tersebut.

Difahamkan, kejadian itu berlaku berikutan pemandu kereta berkenaan bertindak melulu masuk ke persimpangan stesen minyak.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet menzahirkan ucapan takziah. Selain itu mereka juga berharap agar orang ramai sentiasa memandu dengan berhati-hati.

Salam takziah

Hati-hati memandu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen