Mayat anak 'duduk' di ruang tamu, ibu rela simpan jenazah seminggu hingga busuk & dihurung lalat

Oleh: Shasha Zack

Tak rela berpisah dengan anak kesayangan, seorang ibu menimpan mayat anaknya di kediaman mereka selama lebih seminggu.

Menurut Shin Min Daily News, kejadian yang berlaku di unit tingkat lima, Blok 85 Commonwealth Close mula terbongkar bila jiran-jiran mula menghidu bau tengok yang luar biasa sejak 21 Jun lalu.

 

"Dia biasanya akan keluar rumah dalam pukul 8-9 pagi untuk sidai baju, siram pokok. Seminggu tak keluar..."

Dari kenyataan jiran-jiran berdekatan, anak beranak tersebut telah menetap lebih 10 tahun dan mereka hidup penuh kasih sayang.

“Lelaki itu kurus dan biasanya akan keluar dari rumah sekitar jam 8 atau 9 pagi untuk menggantung pakaian dan menyiram pokok bunga.

“Walaupun tidak berjumpa dengannya selama seminggu, mereka tidak menyangka bahawa dia telah meninggal dunia.”

Pada awalnya, jiran berkata mula sedar ada bau busuk melampau sejak seminggu lalu, tapi tidak mengendahkannya. Apabila bau semakin kuat, mereka mula melaporkan pada pihak polis kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

Apabila polis tiba, tiada sahutan selama 1 jam hingga terpaksa memanggil tukang kunci dan saat pintu dibuka, mayat lelaki tersebut hanya duduk tertunduk di ruang tamu.

 

“Sebaik sahaja pegawai polis masuk, saya mendengar wanita tua itu menangis, mungkin kerana dia keberatan untuk membawa anaknya itu pergi."

“Saya turut merasa sedih mendengarnya, lagi pula itu adalah momen di mana seorang ibu yang menghantar anaknya, agak sukar untuk dia terima.”

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person and indoor

Mayat reput, dihurung lalat

Difahamkan, mayat berkenaan telah pun reput dan dihurung lalat ketika ditemui. 

Wanita yang berusia lingkungan 80-an itu mempunyai dua orang anak, lelaki dan juga perempuan, menurut jiran lain. Difahamkan, polis telah mengeluarkan mayat itu kira-kira jam 6:45 petang.

Pihak polis menolak dakwaan mayat dibunuh dan kes masih dalam siasatan.

May be an image of 8 people, people standing and indoor

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen