Tergamak biarkan ibu bapa berhujan di majlis konvo? Pensyarah UPSI tampil jawab kritikan

Mahlis konvokesyen yang sepatutnya menjadi hari istimewa buat graduan, bertukar 'moment' menyedihkan bilamana ketika itu perlu bergelut dengan keadaan cuaca tidak menentu.

Namun begitu, sebagai penganjur majlis, pihak universiti sepatutnya bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sepertimana yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak baru-baru ini.

Majlis konvokesyen UPSI jadi bualan

Majlis Konvokesyen institusi itu menjadi bualan netizen selepas tular video menyaksikan suasana hiba apabila ibu bapa dan penjaga graduan yang hadir terpaksa berhujan di hari bersejarah itu.

@z0w13 People were using their graduation bouquets as umbrellas man #fyp #tiktokmalaysia #konvoupsi23 #konvoupsi2022 #fypシ #viral #veryignorantpeople ♬ Running Up That Hill (A Deal With God) - Kate Bush

 

Rata-ratanya luah kecewa dengan pengendalian pihak mereka yang sepatutnya menyediakan kemudahan seperti khemah dan kerusi tambahan bagi menjaga kebajikan ibu bapa dan pelajar.

"Seharusnya pihak universiti menyediakan khemah dan kemudahan lain bagi ibu bapa yang tunggu di luar..."

"Nampaknya bunga konvokesyen itu sudah berfungsi sebagai payung pada hari graduasi."

"Saya fikir mereka tidak mempunyai perancangan yang rapi, perlu adanya kesedaran umum dan rasa simpati untuk melakukan lebih baik." 

-Komen netizen-

 

Penjelasan pensyarah UPSI

Bagaimanapun,  Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Madya Dr Izwan Shahril tampil dalam kenyataannya menjelaskan situasi tersebut.

"Ramai graduan dan keluarga ingin merakam kenangan di hadapan DTC yang terdapat logo UPSI dan mencari sudut menarik."

"Berikutan hujan lebat, UPSI mengambil langkah membuka Panggung Percubaan yang terletak di depan DTC untuk ibu bapa. Mereka tak perlu meredah hujan untuk ke sana kerana terdapat susur gajah yang dibina antara DTC dengan Panggung Percubaan."

Anda masih keseorangan?

1,103,856 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen