Sejak kontroversi yang melanda bekas isteri Johny Depp, Amber Heard menjadi perhatian ramai susulan masalah rumah tangga yang dihadapi bersama bintang Pirates of Carribean itu.
Walaubagaimanapun, tahukah anda, baru-baru ini Amber Heard dinobatkan wanita paling sempurna dengan wajah jelita yang dimilikinya.
Rupa paras paling cantik & sempurna ikut piawaian saintifik
Lapor Sinarplus, kejelitaan Amber Heard disahkan menerusi formula khas yang dibangunkan oleh saintis iaitu Golden Ratio, dengan fakta bahawa wanita berkenaan mempunyai rupa paras yang paling cantik dan sempurna.
Golden Ratio digunakan Yunani purba, menggunakan nisbah 1.618 merujuk kepada formula perkadaran yang telah dikatakan untuk mengenal pasti wajah yang paling sempurna secara matematik.
Skor wajah Amber Heard 91.85%
Pakar Bedah kosmetik Britain, Dr Julian De Silva mengisytiharkan skor wajah Amber Heard adalah 91.85 peratus hampir sempurna selepas dinilai dengan teknologi pemetaan muka digital.
Selain Amber Heard, aktor kacak, Robert Pattinson (hero filem Twilight) juga memiliki wajah hampir sempurna dengan skor 92.15 peratus.
Tinggalkan Komen