Rampas beg tangan dari peha wanita, 2 peragut tunggang motor diburu polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video yang memaparkan dua lelaki dipercayai meragut seorang wanita di hadapan sebuah restoran.

Dalam kejadian yang sempat dirakam menerusi ‘dashcam’ seorang pemandu kereta memaparkan detik-detik dua lelaki berkenaan membawa lari sebuah beg tangan dengan menggunakan motosikal mereka.

Susulan itu, pihak polis memburu dua lelaki lelaki berkenaan yang dipercayai meragut seorang wanita di Batu Caves Selangor pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah terkesan satu video tular berdurasi 16 saat di laman sosial yang memaparkan kejadian tersebut.

“Polis Gombak kemudian menerima satu laporan polis daripada seorang perempuan warga tempatan berumur 57 tahun yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 18 Jun lalu jam lebih kurang 6.40 petang di sebuah restoran di alamat Jalan SJ 3, Taman Selayang Jaya, 68100, Batu Caves,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati mendapati suspek merupakan dua lelaki dipercayai warga tempatan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.

Dalam kejadian itu salah seorang suspek telah masuk ke dalam restoran dan merampas beg tangan mangsa yang berada di atas pahanya.

“Suspek kemudian telah melarikan diri dengan menaiki motosikal yang menunggu di luar restoran tersebut,” ujarnya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan rompak berkumpulan dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua puluh tahun dan sebat.

Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh berhubung Pegawai Penyiasat, Insp Nur Azrul Amirul Mustafa di talian nombor 03-61262222 atau 011-12300778.

Anda masih keseorangan?

1,102,897 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen