Minggu lalu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah diumumkan, membuatkan ramai berkongsi kegembiraan dengan usaha masing-masing.
Ada yang menerima hadiah dari ibu bapa namun ada juga yang cukup bersyukur dapat menyambung pelajaran demi mencapai cita-cita.
Pelajar Henry Gurney cemerlang SPM 2021.
Namun, tidak ketinggalan adalah para pelajar dari Sekolah Henry Gurney yang turut memperoleh keputusan cemerlang bagi SPM 2021.
Menerusi beberapa keping gambar dimuat naik di media sosial, dapat dilihat beberapa orang para pelajar berkenaan berjaya meraih keputusan cemerlang.
Budak sekolah henry gurney scored for their spm. The photo's pretty badass. pic.twitter.com/nyEL1Q3S6O
— kobismenghijo 🎨 (@izzatisuza) June 21, 2022
Difahamkan, 11 orang berjaya meriah keputusan cemerlang iaitu dua pelajar 7A, lima pelajar 6A dan empoat pelajar pula mendapat 5A dari 50 orang pelajar sekolah berkenaan.
Meskipun gambar-gambar wajah pelajar tersebut dikaburkan, namun jelas terpancar kegembiran para pelajar berkenaan.
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet mengucapkan tahniah para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang itu.
Malah, mereka juga turut berharap agar para pelajar di situ diberikan peluang ke dua untuk mulai hidup baharu.
Tinggalkan Komen