Serang guru sebab hempuk muka anak, netizen berdebat pertikai adab murid pula. -"Cara dia jawab tu..."

Tiada penjaga suka jika melihat anaknya disakiti, lebih-lebih lagi apabila berada di sekolah.

Namun, adakalanya sikap murid itu sendiri sukar untuk dilentur dengan nasihat membuatkan guru terpaksa menggunakan cara lain agar mereka tidak mengulangi kesilapan sama.

Berang anak kena hempuk dengan buku

Begitulah juga yang mungkin ingin dilakukan oleh guru ini, tetapi tindaknnya menghempuk muka anak muridnya dengan buku menyebabkan si ibu 'mendidih' kerana ia sepertinya sudah keterlaluan.

 

Menurut cerita murid berkenaan, dia dihempuk oleh guru terbabit menggunakan buku hanya disebabkan tidak membawa rekoder muzik sepertimana yang diarahkan.

Dalam video tersebut, dia turut melakonkan semula tindakan guru itu membuat ibunya bertambah marah.

Ibu pergi sekolah jumpa cikgu

Enggan berdiam diri, ibu kepada murid itu kemudian ke sekolah untuk menemui sendiri guru terbabit serta mendengar penjelasannya secara langsung.

 

"Bila budak tu jawab, nampak dah perangai dia..."

Bagaimanapun, situasi mereka menjadi perdebatan dalam kalangan netizen pula bilamana ada yang mempertahankan guru tersebut susulan melihat adab murid berkenaan.

 

 

"Jika baik didikan parents, baiklah sikap dan cara anak"

"Isunya sebab pukul muka"

Namun, segelintirnya pula bertegas bahawa tindakan guru itu sememangnya kasar dan keterlaluan.

 

 "Setakat tangan kaki okey lagi"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen