“Tak kelakar la gurau macam ni.” – Sengaja takutkan budak dengan kucing, tindakan lelaki dikecam

Oleh: Zuzu Yasmine

Menakut-nakutkan seseorang bagai satu budaya dalam kalangan masyarakat kita tanpa memikirkan kesan mahupun akibat yang bakal dilalui oleh individu tersebut.

Boleh jadi, ada yang menyimpan trauma dalam kehidupannya sepanjangan hayat.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang ditakut-takutkan dengan seekor kucing.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Acong44 itu, dapat dilihat kanak-kanak berkenaan menangis selepas berkali-kali ditakutkan dengan haiwan berkenaan.

@acong44

🤣🤣🤣🤣🤣

♬ original sound - cintaHati❤

Boleh jadi punca trauma.

Memetik laporan Kosmo Online, Pegawai Kaunselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dzul Hafiz Zoriff menayatakan bahawa erkara tersebut tidak seharusnya berlaku dan kerana ia boleh memberikan impak jangka masa panjang buat kanak-kanak itu yang boleh menyebabkannya mengalami trauma berpanjangan.

“Jika kita lihat video itu, mungkin ada orang akan berasa comel apabila kanak-kanak itu berasa takut dengan kucing, siap boleh rekod video lagi. Tetapi, perkara itu salah dan tidak sepatutnya berlaku kerana berupaya mengundang trauma psikologi.


“Setiap manusia mempunyai perwatakan berbeza secara semulajadi, jika kita memberi tekanan kepada karakter itu, ia akan menyebabkan trauma selain mangsa akan berasa kurang yakin dengan keadaan sekeliling,” katanya.

Sehubungan dari perkongsian itu, rata-rata warganet menyifatkan bahawa perbuatan seperti itu tidak wajar dilakukan.

Malah mereka turut bersimpati pada kanak-kanak itu.

Faham sikit perasan takut

Kesian dia

Benda ni tak kelakar

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen