Tak sengaja campak adik ke lantai, ibu akui kakak hidap ‘Mild Autism’ -“Dia sayang adik dia.”

Oleh: Zuzu Yasmine

Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila anak sulung mereka bertindak melempar adiknya yang masih lagi bayi ke lantai.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Amiera Baharom memaparkan detik cemas itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat anak sulungnya, Amilia menghampiri adiknya, Amina di dalam ‘stroller’ sebelum melempar bayi berkenaan.

@amierabaharom Pengajaran bg kami utk lbh berhati2 dgn behaviour anak sulung kami #mildautism #autismacceptance #autismawareness ♬ Menghitung Hari (Piano Version) - Gaius Yeong

Menyedari akan tindakan anak Amilia, suami Amiera bergegas mahu mengambil anaknya namun tidak sempat menyebabkan Amina terhumban di lantai.

Amiera turut memaklumkan bahawa anak sulungnya itu menghidap ‘mild autism’ dan mungkin itu salah satu punca dia bertindak sebegitu.

Bagaimanapun, Amiera bersyukur apabila anak keduanya itu dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang luka.

Ameria juga mengakui bahawa perkara terjadi itu berpunca dari kesilapan mereka sekaligus mengakui bahawa anak sulungnya itu sangat menyayanyi adiknya.

“Kami akui silap kami sebab letak Amina dekat situ. Benda nak jadi, kami semua tak jangka semua ni. Percayalah, sebenarnya Amilia sayangkan adik dia.” ujar Amiera.

Sehubungan dari perkongsian itu, rata-rata warganet berharao keluarga berkenaan tabah dengan ujian yang dilalui mereka.

Bahkan, mereka juga bersimpati terhadap kedua-dua anak yang masih kecil itu.

Anak autism sensitif sikit

Jangan salah kakak pula ya.

Jangan pinggirkan anak sulung ya

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen