Kononnya kalis air, Samsung diminta bayar denda RM43 juta sebab tipu pengguna?

Sebuah syarikat terkemuka Samsung diarah membayar penalti sejumlah $14juta (RM43 juta) bagi sembilan iklan produknya yang didakwa telah mengelirukan pelanggan.

Samsung Fined $9.7 Million In Australia For False Marketing Claims: All  Details

Samsung mengaku salah

Menurut sumber, iklan yang dimaksudkan adalah berkenaan ciri kalis air pada sesetengah model Samsung termasuk Galaxy S7, S4 Edge, A5 (2017), S8, S8 Plus dan Note 8 yang mana ia telah terjual sebanyak lebih 3.1 juta unit di Australia.

Rentetan isu itu, bagaimanapun Samsung Australia mengakui  bersalah kerana mengelirukan atau memperdaya pengguna tentang ciri kalis air pada beberapa model Galaxy.

Namun, pihaknya menegaskan bahawa ia hanya membabitkan model lama dan tidak menjadi masalah bagi model terkini dan semasa.

Harap jadi iktibar

Justeru itu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) mengenakan penalti kepada Samsung Australia agar ia menjadi satu peringatan kepada setiap perniagaan bahawa setiap maklumat produk mestilah tepat.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen