Anak penceramah terkenal Indonesia maut ditembak abang sendiri masa 'main' pistol bodyguard

Oleh: Shasha Zack

Anak penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Arrazy Hasyim dilaporkan meninggal dunia dipercayai ditembak abangnya sendiri yang berusia 5 tahun secraa tidak sengaja.

Mangsa yang berusia 3 tahun difahamkan maut ketika ditembak dengan pistol milik pengawal peribadi mereka dan menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.

Arrazy Hasyim, Ustaz Muda Penjaga Ahlussunah di Tanah Minang

Ustaz Arrazy Hasyim

Tengah solat tiba2 dengar bunyi tembakan

Menerut postal coconutjakarta, kejadian berlaku ketika satu keluarga itu sedang bercuti keTuban, Jawa Barat, Indonesia diiringi pengawal peribadi yang juga seorang pegawai polis dikenali sebagai M.

Ketika M sedang solat, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dipercayai bunyi pistol dan tergamam seluruh keluarga ketika melihat kedua-dua anak Ustaz Arrazy sedang bermain dengan senjata api berkenaan.

Anak pendakwah terkenal berusia 3 tahun maut, ditembak secara tidak sengaja  ketika bermain pistol pengawal peribadi - Dunia | mStar

Tembak di dagu, terbunuh..

Menerusi kenyataan pihak polis, abang mangsa berusia 5 tahun tidak sengaja menembak adiknya yang berusia 3 tahun di bahagian dagu dan maut di kejadian itu.

Difahamkan, M mendakwa telah menyimpan pisto dengan rapi dan selamat sebelum menunaikan solat namun tidak menyangka bakal diselongkar oleh kedua beradik itu.

Ketua Unit Siasatan M Ganantha di Jabatan Jenayah Polis Tuban berkata, tindakan undang-undang di atas kejadian ini tidak akan diteruskan kerana keluarga mangsa telah memberi kenyataan bahawa mereka tidak akan melakukan sebarang dakwaan dan menerima kejadian itu adalah satu kemalangan.

Anak Penceramah Terkenal Indonesia Maut, Abang Tak Sengaja Tertembak Guna  Senjata Api Pengawal

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen