Bukan di Jepun tapi Malaysia, pelajar dipuji beri tunduk hormat pada pemandu kereta tanda terima kasih

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang berbudi, kita berbahasa, Itulah yang dilakukan segelintir pihak yang tahu berterima kasih kepada orang lain sekiranya pihak tersebut sudah berbuat baik kepada kita.

 

Pelajar sekolah tunduk hormat lepas diberi laluan.

Sejak semalam, tular di media sosial akan video yang memaparkan rakam ‘dashcam’ sebuah kenderaan yang melalui di hadapan sebuah sekolah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali Syedazzman itu dilihat sebuah kereta memberi laluan kepada seorang pelajar sekolah menengah untuk melintas jalan.

@syedazzman Jepun ❌ Malaysia ✅ #steady #fypシ ♬ original sound - ShallumAdventures

Bagaimanapun, tindakan pelajar sekolah menengah selepas selesai melintas jalan itu dipuji ramai.

 

Pelajar sekolah tersebut dilihat memberi tunduk hormat kepada pemandu kereta berkenaan dipercayai sebagai tanda terima kasih kerana memberinya laluan untuk melintas dengan selamat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan pelajar berkenaan yang begitu bersopan santun. Bahkan, mereka juga seakan tidak percaya bahawa perkara sedemikian belaku di negara ini.

Dalam pada itu, mereka juga memuji didikan ibu bapa dan guru-guru pada pelajar berkenaan.

Tinggi adab dia

Benda baik patut jadi contoh

Bagus didikan mak ayah

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen