"Ramai mengeji & kata saya mengkhianati..." - Mummy sebak terimbau momen berjaya keluarkan Bella dari 'neraka dunia'

Oleh: Shasha Zack

Luahan salah seorang 'orang kuat' di belakang kes penderaan remaja sindrom down yang sebak terimbau penderitaan dan seksaan yang dihadapi Bella, raih perhatian ramai.

Difahamkan telah genap setahun berjaya mengeluarkan Bella dari 'neraka dunia', Zurianty Sudin akui beremosi ketika teringat kembali momen penuh bersejarah itu, 

May be an image of 3 people, headscarf and indoor

"Genap setahun saya buat sesuatu yang saya tak sangka..."

Menurut wanita ini yang mesra disapa Mummy, dia terimbau kembali peristiwa setahun lalu, saat dia mengeluarkan Bella dari Rumah Bonda merupakan satu keputusan yang sangat tidak disangka.

Terlalu banyak risiko dan kesan buruk yang bakal dihadapi olehnya, Mummy nekad mengeluarkan Bella demi menuntut keadilan buat remaja berkenaan.

Pernah disindir kata berdrama, dijauhi rakan sebab dikatakan mengkhianat..."

Tambah Mummy, dia juga pernah dikata hanya berdrama ketika menangis melihat Bella selain dituduh mengkhianati sebuah persahabatan sehingga dipulau rakan-rakan.

Namun demikian, Mummy tetap kuat semangat dan tabah menghadap segala tohmahan dan kejian orang sekeliling demi keadilan buat Bella serta memohon doa orang ramai agar urusan ini dipermudahkan.

Dua video asal rakaman Bella didera, cedera ditayangkan di mahkamah - Kosmo  Digital

"You are hero puan..."

Tinjaun ke ruangan komen mendapati seluruh netizen memberi kata-kata semangat di samping memuji tindakan Mummy yang berani membawa Bella keluar meskipun mengetahui bakal dilanda pelbagai ujian.

Dalam pada itu, netizen juga mendoakan agar Mummy sentiasa tabah dan kuat dalam memperjuangkan nasib Bella.

"Awak memang luar biasa hebat.."

"Allah hantar Mummy Zu untuk selamatkan Bella..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen