Keluar stadium dengan terkawal, ramai puji penyokong 2 pasukan tak berbalah

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali merampas tangga teratas selepas membenam Selangor FC 5-1 pada aksi tertunda saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Bagaimanapun, gelagat penyokong dua negeri itu mendapat pujian ramai berikutan tidak menimbulkan kekecohan antara satu sama lain.

 

Tak berbalah, dua penyokong dipuji

Menerusi video yang dimuat naik oleh ppengguna TikTok dikenali sebagai Liza Tamyiz itu memaparkan pergerakan keluar stadium diantara peyokong itu.

Dalam video berdurasi 36 saat itu dapat dilihat penyokong JDT memberi laluan terlebih dahulu kepada penyokong The Red Giant untuk keluar dari stadium tersebut.

@lizahtamyiz JDT vs Selamgor #penyokongselangor #jdt🔵🔴 #selangorfc #selangor #fyp#ligasupermalaysia #boyofstraits ♬ original sound - lizahtamyiz

Bukan itu sahaja, dari awal hingga ke akhir dikatakan tiada perbalahan menyebabkan ramai yang memuji penyokong kedua-dua pasukan itu.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji kedua-dua pasukan itu yang sama-sama menghormati antara satu sama lain.

Malah, mereka juga menyatakan bahawa ini merupakan contoh terbaik kepada penyokong pasukan lain.

Terbaik!

Contoh terbaik

Terima kasih JDT

Pemikiran tu penting

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen