Guru mengeluh, rupanya ramai belum terima elaun jaga periksa. -"Pelajar pun dah habis SPM..."

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Peribahasa itu barangkali dapat menggambarkan situasi yang sedang menimpa barisan guru pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Demikian apabila mereka mendakwa tuntutan bayaran mengawas dan elaun perjalanan tidak diperoleh sehingga kini, walhal keputusan SPM sudahpun diumum.

"Kami ingin tahu cara mereka urus..."

Dedah seorang guru yang enggan identitinya didedah, sudah ada segelintir guru pengawas mendapat bayaran bermula 21 Jun lalu.

Namun, masih ramai guru yang belum mendapat bayaran daripada Kementerian Pendidikan (KPM).

"Saya sudah banyak kali hubungi JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) tapi jawapan yang selalu kami, guru-guru dapat adalah masih dalam proses. Kami buat tuntutan sejak Mac lalu dan hingga kini belum dapat."

"Mereka minta lampirkan berbagai dokumen tapi bayarannya tetap lambat. Kami ingin tahu, apa dan bagaimana cara mereka menguruskan tuntutan kami?"

-Guru-

Elaun ujian lisan Februari pun belum dapat

Bukan itu sahaja, difahamkan tuntutan elaun mengawas untuk ujian lisan SPM yang dibuat sejak Februari lalu juga belum dilunaskan kerajaan.

Luah seorang lagi guru, rentetan isu yang menimpa mereka membuatkan semua guru keberatan untuk dilantik sebagai guru pengawas SPM kerana tidak berbaloi masa, tenaga dan wang ringgit.

"Semua guru tak mahu jadi guru pengawas SPM. Bukan dapat bayaran banyak pun, itu pun kalau buat tuntutan, mesti lambat bayar."

"Saya sendiri kena mengawas sejauh 50km dari rumah dan jauh dari sekolah, tempat saya mengajar. Saya tak boleh tolak lantikan itu sebab nanti kasihan guru lain pula kena ganti saya."

-Guru-

,u=t.createElement(n),u.async=!0,u.src='//static.ads-twitter.com/uwt.js', a=t.getElementsByTagName(n)[0],a.parentNode.insertBefore(u,a))}(window,document,'script'); // Insert Twitter Pixel ID and Standard Event data below twq('init','o0ge8'); twq('track','PageView');