"Mama patah tangan kiri, cedera tulang rusuk." - Wanita tergolek lepas dihempap buah kelapa jalani rawatan

Oleh: Shasha Zack

Seorang pembonceng motosikal wanita yang jatuh tergolek atas jalan raya selepas kepalanya dihempap buah kelapa, difahamkan kini telah menerima rawatan di  di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menerusi Harian Metro, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz telah menghubungi anak kepada mangsa yang berusia 50-an itu.

"Akan jalankan kerja menebang untuk elakkan kejadian berulang..."

Azrul  memaklumkan akan menjalankan operasi penebangan pokok meninjau lokasi kejadian bersama pegawai landskap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Proses difahamkan bakal selesai sebelum jam 5 petang.

"Mangsa dikenali sebagai Puan Anita sedang dirawat di HPP dan saya ada menghubungi anaknya bertanya khabar mengenai perkembangan mangsa. Perkara ini memang tidak diduga dan kita amat bersimpati.

"Jadi untuk mengelakkan kejadian sebegini berulang, kita akan jalankan kerja menebang 11 pokok kelapa bermula 2 petang ini di samping meneliti pokok berisiko lain di sepanjang jalan." 

AZRUL Mahathir meninjau lokasi buah kelapa gugur hingga menyebabkan kemalangan di Jalan Teluk Kumbar. FOTO Aminah Yusof

"Mama patah tulang bahu kanan, patah tangan kiri, cedera tulang rusuk..”

 

Menurut kenyataan Yaya Ghani (anak mangsa), dia memaklumkan keadaan ibunya agak parah selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang adiknya.

"Ya, (wanita) yang berlari ke arah mangsa ialah adik perempuan saya. Alhamdulillah mama sedar dan masih berada di HPP."

"Keadaan mama agak parah dan mengalami kecederaan patah tulang bahu kanan, patah tangan kiri selain mengalami kecederaan tulang rusuk."

"Keadaan adik perempuan baik saja cuma masih trauma. Saya mohon semua agar semua doakan kesembuhan mama saya."

Saksi kejadian, Md Ghazali Shahari, 62, (peniaga durian) berkata semasa kejadian, dia sedang melayan pelanggan sebelum terdengar jetitan cemas dan kuat.

buah kelapa gugur atas kepala

"Selalunya jatuh tempat yang takde orang & tiada kecederaan..."

Tambah saksi, mangsa ketika itu yang ditimpa buah kelapa terus jatuh ke jalan raya dan tergolek.

"Jalan agak sibuk ketika itu dan saya dibantu beberapa orang lagi segera menahan kenderaan yang lalu-lalang."

"Selepas itu saya terus menghubungi ambulans dan meminta supaya mangsa tidak dialihkan sebelum petugas kesihatan tiba kerana kita tidak bahagian badan mana yang mengalami kecederaan." 

Turut menambah, kejadian buah gugur kerap berlaku sebelum ini namun tidak pernah separah ini, hingga mengancam nyawa seseorang.

"Selalunya ia jatuh di tempat yang tiada orang dan pernah juga menimpa kenderaan dan bumbung gerai saya. Tetapi tiada kerosakan yang teruk dan sudah ada sebatang pokok kelapa berdekatan gerai ditebang sebelum ini." 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen