Selisih faham dalam bilik, pelajar tingkatan 4 maut ditekup kekasih penganggur

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang pelajar perempuan tingkatan 4 ditemuai maut dipercayai dibunuh kekasihnya yang merupakan penganggur selepas berlaku perselisihan faham di rumah lelaki berkenaan di Kampung Idaman, Pandamaran, semalam.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.40 pagi berhubung penemuan remaja perempuan dalam keadaan tidak sedarkan diri di halaman rumah itu.

"Pada jam 2 pagi semalam, suspek dipercayai membawa mangsa ke bilik di rumahnya, kemudian berlaku perselisihan faham dan suspek dipercayai menyebabkan kematian mangsa.

"Siasatan juga mendapati suspek mengangkat mangsa dan membawa keluar dari bilik hingga ke halaman rumah itu.

"Kemudian suspek meminta bantuan daripada ahli keluarganya. Ahli keluarga menelefon polis serta memaklumkan kejadian itu dan kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi berkenaan," katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati badan mangsa terdapat beberapa kesan calar dan lebam di muka dan leher.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan pula mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas akibat ditekup disyaki dengan menggunakan bantal. Bantal itu dijadikan barang bukti kes," jelasnya.

 

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berumur 16 tahun yang juga pelajar sekolah di Lembah Klang manakala suspek berumur 24 tahun dan tidak bekerja.

"Suspek berkenalan dengan mangsa selama setahun dan hubungan mereka diketahui keluarga malah suspek sudah beberapa kali membawa mangsa ke rumah itu.

"Bagaimanapun ketika kejadian, ibu bapa serta abang suspek sedang tidur dan mereka tidak mendengar bunyi bising, hanya dikejutkan oleh suspek selepas kejadian itu," katanya.

Tambahnya, suspek yang tiada rekod lampau kini ditahan reman sehingga 3 Julai depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen