Mengalah Bukan Bererti Kalah. Tips Meredakan Pertelingkahan Dalam Perhubungan.

Dalam melayari rumah tangga, sudah tentu banyak masam manis yang dilalui oleh sebuah pasangan. Tentunya kedua-dua pihak mempunyai pandangan tersendiri terhadap masalah yang timbul. Situasi salah faham jua selalu timbul dalam perhubungan. Antara yang boleh dilakukan apabila berada dalam keadaan begini adalah dengan:



1. Dengar.

Ketika ini, jika salah seorang sedang memberikan penjelasan, dengar dan fahami maksud yang disampaikan. Usah terburu-buru untuk berebut bagi memberikan penerangan lanjut.

2. Sampaikan.

Jika pihak pasangan telah memberikan penjelasan, barulah kita melontarkan pandangan dengan nada yang baik dan tidak perlu berkeras. Jika perbalahan belum selesai, ikuti langkah seterusnya.



3. Mengalah.

Mengalah, bukan bererti kalah! Diamlah buat sementara waktu. Tarik nafas nak mengudurkan diri dalam saat genting adalah sangat diperlukan. Fikir jalan terbaik untuk selesaikan masalah. Yang perlu kita ingat, “perbincangan ini bukan untuk timbulkan masalah, tetapi untuk selesaikan masalah.”

4. Kembali.

Apabila keadaan kembali tenang, mungkin dalam beberapa jam selepas itu, barulah disampaikan semula penjelasan tersebut. Kalau susah sangat,bagi nota atau mesej kepada pasangan supaya maksud yang ingin disampaikan lebih teratur.

5. Pujuk atau berikan ruang.

Jika tak selesai juga, pujuklah pasangan anda jika dia seorang wanita. Katakan kepadanya anda sangat sayangkan dia. Anda mahu berbaik dengannya. Ataupun berikan hadiah kepadanya. InsyaAllah dengan cara ini, ia dapat meredakan keadaan. Jika pasangan anda lelaki, bagi ruang untuk mereka berfikir, dalam masa yang sama bertegurlah seperti biasa. Perlu ada komunikasi antara dua pihak supaya keadaan tidak menjadi lebih parah.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen