Dikatakan tinggal bersama lepas cerai talak 3, DJ Sal & DJ Wong bakal dipanggil menteri agama

Oleh: Shasha Zack

Datuk Idris Ahmad, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta untuk memanggil pasangan yang pernah mencetus kontroversi, bercerai talak 3 secara live iaitu DJ Wong dan DJ Sal.

Menurut Harian Metro, mereka yang mendakwa kini tinggal bersama selepas bercerai talak 3 pada April lepas menimbulkan kekeliruan dan persoalan orang ramai.

DJ Wong tak hllang, lafaz c3rai t4lak tiga terhadap DJ Sal. – Article Update

 

 

"Mungkin sebab kejahilan mereka, anggap penceraian itu mainan biasa..." 

Jelas Idris lagi, pihak berkuasa agama perlu memanggil mereka kerana khuatir pasangan tersebut mungkin tidak begitu arif soal penceraian selain membabitkan soal keturunan dan nasab. 

 

"Kita hendak kata dia permain agama tak boleh juga kerana mungkin sebab kejahilan mereka anggap benda itu (perceraian) mainan biasa, anggap boleh rujuk begitu sahaja."

“Disebabkan itu pihak berkuasa agama perlu panggil mereka kerana ini membabitkan soal nasab dan keturunan.” 

BERNAMA - Undergrads have a role as ambassadors on halal concept - Idris  Ahmad

Dakwa dah rujuk bijak pandai, jadi cerai tak sah sebab sedang uzur semasa lafaz

Terdahulu, DJ Sal telah mencetus kejutan apabila membuat kemunculan bersama DJ Wong dalam satu sesi live di Facebook dan mendakwa telah merujuk dengan bekas suaminya itu.

Difahamkan telah merujuk hal berkenaan kepada ahli keluarga serta bijak pandai agama, mereka memaklumkan lafaz cerai sebelum ini tidak sah berikutan keadaan DJ Sal yang sedang uzur ketika itu.

Turut bertegas menyatakan suaminya berada dalam keadaan tidak waras ketika itu hingga melafazkan cerai talak 3 secara live.

 

DJ Wong, DJ Sal kembali bersama

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen