Elak kejadian berulang, MBPP tebang pokok kelapa di pinggir jalan

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kejadian seorang wanita dihempap buah kelapa ketika melalui Jalan Teluk Kumbar Bayan Lepas, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menebang 11 pokok di kawasan berkenaan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Azrul mahathir Azizi berkata, tindakan dijalankan berikutan insiden seorang pembonceng motosikal yang cedera akibat ditimpa buah kelapa seperti yang tular baru-baru ini.

 

Katanya, ketika kejadian itu berlaku, wanita berkenaan sedang membonceng motorsikal yang ditunggang anaknya.

"Saya telah melakukan tinjauan bersama wakil MBPP untuk mengenal pasti pokok yang membahayakan pengguna jalan raya khususnya di tepi jalan untuk ditebang.

“Sebagai langkah keselamatan selain tidak mahu insiden yang sama berulang lagi, kita mengambil keputusan untuk menebang pokok kelapa di tepi jalan yang dikatakan berisiko kepada pengguna jalan raya," katanya.

 

Azrul berkata, sebanyak 11 pokok kelapa dikenal pasti dari Jalan Teluk Kumbar hingga Sungai Batu dan ia membabitkan kawasan MBPP serta tanah milik persendirian.

Katanya, proses penebangan 11 pokok kelapa itu dilakukan MBPP bermula jam 2 petang Isnin.

Semalam, tular satu rakaman video berdurasi 28 saat yang menunjukkan sebiji buah kelapa menimpa pembonceng motosikal yang melalui Jalan Teluk Kumbar di sini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen