Pastinya ramai yang masih ingat akan Abang Viva yang dianggap sebagai hero orang ramai ketika negeri Selangor dilanda banjir teruk pada hujung tahun lalu.
Mana tidaknya, atas dasar simpati, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar ini datang bersama kereta Viva dan berbekalkan RM50 serta sebuah bot kecil.
Abang Viva lamar kekasih hati?
Baru-baru ini, nama Abang Viva kembali menjadi bualan ramai selepas sesi live bersama seorang wanita dikenali sebagai Evanoza yang dipercayai teman wanitanya menjadi perhatian ramai.
Dalam video yang sempat dirakam pengguna TikTok dikenaloi sebagai Ariana itu memaparkan saat Abang Viva melamar wanita berkenaan.
@arianaevee Semoga cepat2 kahwin aminnn☺️☺️
♬ Dj Pargoy Jedag Jedug Terbaru Anti Senggol (Full Bass) - Arkadimitrie
Bukan itu sahaja, pemuda tersebut turut mengeluarkan sebentuk cincin hingga membuatkan wanita berkenaan terkedu.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat momen tersebut. Malah, mereka juga mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
Tinggalkan Komen