Dianggap bebankan pelajar, peperiksaan SPM dan STPM akan dimansuhkan?

Melihat keadaan semasa dalam sistem pendidikan ketika ini, sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan melakukan pembaharuan sekaligus bagi mengurangkan tekanan yang dialami pelajar.

Peperiksaan dianggap beban pelajar?

Oleh yang demikian, kerajaan mungkin boleh membuat pertimbangan untuk memansuhkan semua jenis peperiksaan yang masih wujud seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Cadangan ini dilihat dapat mengurangkan tekanan dalam kalangan ibu bapa dan penjaga kerana tidak perlu pening kepala untuk memastikan anak-anak mendapat markah yang tinggi atau A.

Bukan sekadar teori dan hafalan

Menerusi sumber yang dipetik daripada Utusan Malaysia, pemansuhan semua jenis peperiksaan adalah selaras dengan perubahan zaman.

Jika dilihat, banyak aspek kemahiran baharu perlu dikuasai pelajar selain dari aspek teori dan hafalan semata-mata.

Namun begitu, sebarang keputusan yang hendak diambil kelak hendaklah mengambil kira suara pelajar kita kerana mereka yang akan menerima kesan daripada sebarang tindakan yang hendak dilaksanakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen