“Kejamnya!” - Lepaskan kucing terikat, ramai berterima kasih sikap prihatin wanita ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat baik bukan sahaja pada sesama insan namun juga makhluk lain terutama seperti kucing mahupun anjing.

Penderaan terhadap haiwan ini bukan satu perkara yang baru malah ada yang sanggup membunuh gara-gara ingin melepaskan rasa geram.

Lepaskan kucing terikat.

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang wanita menyelamatkan seekor kucing yang dipercayai diikat lehernya.

Dalam video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Jeshot Ahmad itu memaparkan momen wanita berkenaan cuba melepaskan tali pada leher kucing berkenaan.

@jeshot.ahmad ☹️#savekucingkampung #savekucingjalanan ♬ suara asli - Jeshot Ahmad

Menurut Jeshot, awalnya dia hanya mendengar bunyi dari anak kucing namun tidak sangka ibu kucing tersebut terikat pada buluh di kawasan tersebut.

Difahamkan, kejadian ini bukan berlaku di Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih tindakan wanita berkenaan.

Malah, mereka juga berharap agar wanita berkenaan mengambil kucing tersebut dan memberikan pelindungan kepadanya.

Kenapa ada orang jahat

Terima kasih orang baik

Tergamak yang buat macam tu

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen