Berang telefon kena rampas, lelaki mengamuk tepi jalan bergelut dengan polis trafik

Tahu menggunakan telefon bimbit ketika memandu itu salah, namun kedegilan seorang jurutera berbuat demikian akhirnya mengundang padah buat diri sendiri selepas telefonnya dirampas oleh anggota polis trafik.

Bergelut dengan polis dapatkan semula telefon

Bukan itu sahaja, video pergelutannya dengan anggota polis demi mendapatkan semula telefon bimbitnya juga telah tular di media sosial sejak semalam.

 

 

Lelaki ditahan ganggu polis bertugas

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Kamarul Rizal Jenal berkata kejadian pada 6.30 petang itu berlaku apabila anggota polis trafik menahan kereta dipandu lelaki berusia 51 tahun tersebut.

"Anggota polis trafik menahan kereta tersebut kerana lelaki itu didapati melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu, namun lelaki berkenaan yang tidak puas hati dikenakan sama, bertindak merakam kejadian menggunakan telefon bimbitnya."

-Kamarul Rizal-

Tambahnya, anggota trafik berkenaan kemudian cuba menahan lelaki tersebut kerana menghalang polis bertugas dan merampas telefon bimbit untuk siasatan, namun lelaki itu bertindak menggunakan kekerasan jenayah terhadap polis hingga berlaku pergelutan.

Bagaimanapun, lelaki terbabit telahpun ditahan polis bagi membantu siasatan kerana mengasari dan melakukan kekerasan jenayah ke atas anggota polis trafik di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas.

Lelaki itu direman hingga Khamis ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 353, Seksyen 186 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen