Lepas tragedi jalan berlubang, gadis reda tumit dan buku lali dibuang. -"Kaki kanan jadi pendek."

Mengimbau tragedi yang menimpanya pada tahun 2015, Nuriirdinaasyira memaklumkan bahawa kehidupannya berubah selepas terlibat dalam kemalangan itu bersama suaminya.

Kaki berpusing dalam rim motor

Dia yang ketika itu berusia 18 tahun, terpaksa menjalani pembedahan sebanyak enam kali sehingga doktor akhirnya memutuskan untuk memotong tumit dan buku lalinya.

"Saya dilahirkan normal tapi masa umur 18 tahun saya terlibat dalam satu kemalangan dengan suami...tapi masa tu kami masih belum kahwin."

"Jalan dekat Desa Water Park di ibu kota masih belum rata ketika itu. Masa membonceng dengan suami dekat kawasan tu dia terlanggar jalan berlubang."

"Kemudian secara tak sengaja kaki saya termasuk dalam rim motosikal. Kaki saya berpusing-pusing dalam tu sampai tumit terkulai."

-Shira-

Aktiviti lepas pembedahan terhad

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, selepas menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), tumit dan buku lalinya bertukar jadi warna hitam.

Disebabkan itu, ia terpaksa dipotong dan dia telah disahkan menjadi orang kelainan upaya (OKU) kategori cacat kekal fizikal.

"Apabila pembedahan selesai bila doktor tengok isi daging kaki dah jadi cantik kemerahan, akhirnya saya dibenarkan keluar. Tapi lepas selesai... tumit dan buku lali saya dah tak ada."

"Banyak aktiviti saya terhad lepas tu. Saya tak boleh berdiri lama sebab urat dah banyak putus dan telah menyebabkan kaki kanan saya lebih pendek."

-Shira-

"Dia banyak bagi semangat"

Meskipun diuji sebegitu, Shira luah syukur kerana suaminya selalu bagi sokongan dan ada di sampingnya waktu susah senang.

"Walaupun saya kemalangan masa bercinta dengan si suami tapi dia tak tinggalkan saya, malah siap jaga dengan baik lagi."

"Dia juga banyak bagi semangat dan sokongan. Dia juga yang hantar saya pergi dan balik kerja serta bantu uruskan anak-anak."

-Shira-

 

,u=t.createElement(n),u.async=!0,u.src='//static.ads-twitter.com/uwt.js', a=t.getElementsByTagName(n)[0],a.parentNode.insertBefore(u,a))}(window,document,'script'); // Insert Twitter Pixel ID and Standard Event data below twq('init','o0ge8'); twq('track','PageView');