Mengaku dah kahwin, pembuang saka terkenal kantoi berkhalwat dengan janda anak satu

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh! Seorang pengasas pusat perubatan jarak jauh terkenal dikatakan dicekup berkhalwat di Masjid Tanah, Melaka pada Selasa.

Lelaki berkenaan juga dikatakan terkenal dengan perkhidmatan membuang saka dalam kalangan orang ramai.

Memetik laporan Kosmo Online!, lelaki berusia 60 tahun ditangkap sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Serbuan di sebuah rumah teres pada pukul 11.30 malam.

Menurut Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, hasil aduan orang awam, serbuan telah dilakukan dan pemeriksaan di premis menjumpai sepasang lelaki serta wanita bersekedudukan tanpa dokumen sah pernikahan.

“Hasil soal siasat lelaki tersebut merupakan seorang pengasas pusat perubatan dari negara jiran.


“Kita dapati dia telah bersekedudukan dengan seorang janda anak seorang berusia 40-an yang didakwanya telah dinikahi sejak 2012, namun mereka gagal mengemukakan dokumen sah pernikahan itu,” katanya selepas selesai operasi cegah maksiat pada jam 3.30 pagi.

Tambahnya, lelaki berkenaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Dalam pada itu,pihaknya juga sedang memantau kaedah perubatan jarak jauh bagi membuang saka ditawarkan warga emas berkenaan.

“Kita sedang menunggu keputusan terakhir daripada pihak Jawatankuasa Fatwa dan jika kaedah rawatan digunakan itu disahkan bertentangan dengan ajaran Islam, maka perbuatan itu akan dihalang.

“Kita juga akan menasihatkan pengikutnya untuk tidak mendekati kaedah rawatan tersebut,” katanya.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen