Musim durian yang berlaku ketika ini sangat menarik minat para pencinta raja buah berkenaan untuk merasa setiap jenisnya yang pastinya sangat sedap dan menggiurkan.
Pun begitu, acap kali kita mendengar ada peniaga yang menipu dan menggunakan kesempatan ini untuk menjual buah durian yang masih muda kepada pelanggan yang hanya berat pada kulitnya sahaja.
"Besar manik je isi dia, makan kulit jelah jawabnya..."
Itulah yang menimpa seorang pengguna Tiktok, @jieyhaa ketika dia sangat hampa da kecewa apabila membuka kulit durian, ternyata isinya hanya lah sebesar manik sahaja.
Dengan 'sound' latar yang menghiburkan, ramai yang tergelak melihat isi durian berkenaan namun ada juga yang kecewa melihat durian yang dibeli dengan harga mahal, namun terbazir dengan kualiti isi yang sangat teruk.
@jieyhaaaa__ #viral #fyp ♬ original sound - Nor Syamila
"Makan kulit jelah kak..."
Perkongsian ini mendpaat perhatian ramai yang terhibur tidak kurang juga yang simpati dengan nasib wanita ini, bagaikan tertipu dengan penjual yang tidak jujur dalam meniaga.
Tinggalkan Komen