Gambar dan video kecederaan Bella tersebar? PDRM nafi 'bocorkan' pada orang lain

Rentetan kes perbicaraan kes dera dan mengabai remaja sindrome down bernama Bella,Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membocorkan gambar dan video kecederaan dilakukan oleh Siti Bainun.

Polis nafi bocorkan video, gambar Bella

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Siti Bainun, Asiah Jalil, Juruanalisa Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik PDRM, Inspektor Mior Samsul Abd Rahman berkata, beliau tidak mengetahui gambar yang disebarkan aktivis, Mona Din di sosial media.

Asiah: Tarikh laporan (analisa telefon bimbit) disediakan pada 9 Ogos 2021, betul?

Mior Samsul: Ya.

Asiah: Terdapat 12 muka surat mengandungi 12 gambar dan merujuk gambar tiga, lima enam, 10 serta 12. Setuju dengan saya gambar ini (disebarkan) diambil dari video yang sama Inspektor buat analisa?

Mior Samsul: Saya tidak tahu gambar itu dari mana.

Asiah: Saya mohon Inspektor lihat pada tarikh status (media sosial) Mona Din pada 12 Ogos 2021, saya cadangkan ketika Inspektor buat analisa video dan sepanjang masa telefon bimbit berada pada pihak polis, setuju?

Mior Samsul: Ya, sepanjang masa diserahkan (telefon bimbit)kepada saya, memang ada.

Asiah: Saya cadangkan ada pegawai yang uruskan telefon bimbit itu, selain Inspektor dan bocorkan gambar ini kepada orang awam.

Mior Samsul: Tidak.

Pada 17 Jun lalu, Mahkamah Sesyen ditunjukkan dua rakaman video berdurasi enam minit 32 saat dan 41 saat yang dianalisis saksi pendakwaan ke-10 iaitu Mior Samsul.

Video tersebut menyaksikan kecederaan dialami Bella yang diselamatkan seorang saksi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen